Login Ahli



Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Banner

Siapa Online

Kami ada 11 tetamu online

Alamat IP Anda

Selamat Datang

www.annabella.com.my

Anda Dihubungkan Dari

121.121.226.13

Semoga Sihat Selalu

Anda Pelawat Ke :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini14
mod_vvisit_counterSemalam37
mod_vvisit_counterMinggu Ini83
JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval

 

Aktiviti Terkini

 

 

 

 

Annabella House Of Therapy
Selamat Datang PDF Cetak E-mail

 

 

 

Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru 2010!

Sempena tahun baru juga, kini Annabella House of Therapy tampil dengan konsep baru yang lebih mantap sebagai pusat sehenti untuk pembangunan kendiri anda!


Kejayaan dan kebahagiaan bukan terletak pada nasib atau takdir tetapi ia adalah pilihan. Pilihan yang anda buat pada detik ini, hari ini akan menentukan kejayaan anda esok hari dan seterusnya. Bangunkan jiwa dan roh anda supaya kejayaan yang sebenar-benarnya menjadi milik anda! Anda berhak untuk berjaya! Anda berhak untuk bahagia!


Pakar terapi minda dan jiwa di Annabella House of Therapy akan berkongsi denga n anda bagaimana minda dan jiwa anda boleh dibangunkan untuk memimpin diri anda ke arah kejayaan dan kebahagiaan sebagaimana yang anda inginkan. Katakan pada diri anda tiada lagi kegagalan, tiada lagi kemurungan dan kesedihan.


Anda boleh menangis, menangislah anda semahunya… tetapi bukan kerana manusia. Menangislah hanya kerana Allah Yang Maha Agung.


Mulakan tekad anda sekarang! Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. Annabella House of Therapy (AHT) turut menawarkan pelbagai perkhidmatan dan program latihan khusus untuk pembangunan kendiri dan personaliti sama ada untuk individu mahupun organisasi.

 

 

 

 

 

 

Warkah daripada pengasas Annabella

 

Assalamualaikum wbt

Annabella House of Therapy ditubuhkan pada tahun 2007 bertempat di 33-A, Jalan Prima Saujana 1/1A, Prima Saujana Kajang, Selangor. Annabella House of Therapy terhasil daripada aspirasi saya sewaktu kecil lagi iaitu ingin mempunyai pekerjaan yang boleh membantu dan memberi inspirasi kepada orang lain, pada masa yang sama rezeki dalam bentuk wang ringgit akan datang dengan sendirinya.

 

Sewaktu saya berusia 8 tahun, arwah ustaz Yusoff yang mengajar saya mengaji, sering berkata suatu hari nanti pekerjaan saya ialah menolong orang dan juga akan menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan. Saya memikirkan bahawa hanya doctor atau nurse sahaja yang mempunyai pekerjaan sedemikian rupa. Manakan saya layak menjadi doctor, melihat darah pun saya pening apatah lagi berdepan dengan pelbagai jenis rupa penyakit yang pada usia yang mentah semuanya mengerikan bagi saya.

 

Seiring dengan waktu, saya semakin membesar tanpa menyedari pekerjaan membantu dan memberi aspirasi kepada orang lain telah pun bermula. Saya sering menjadi rujukan kawan-kawan bahkan guru untuk menjadi teman mendengar masalah atau pun memberikan pandangan sehinggakan saya dilantik menjadi pembimbing rakan sebaya (PRS). Menjejakkan kaki ke menara gading, memberikan saya peluang untuk aktif sebagai peer mentor dan fasilitator serta sering terlibat dengan program-program yang dianjur oleh pihak university. Penglibatan saya ini memberikan banyak pengalaman dan ianya memberikan kegembiraan apabila dapat menyumbang dan melakukan sesuatu untuk orang lain.

 

Selama 12 tahun bekerja “makan gaji”, sungguhpun gembira dengan pekerjaan saya dalam bidang penerbitan, namun terasa masih ada sesuatu yang kosong dalam diri. Walaupun di luar waktu bekerja saya aktif dengan NGO, namun masih ada ruang yang belum diisi. Saya sentiasa mencari-cari sesuatu yang boleh membantu pembangunan kendiri dan juga boleh berkongsi sesuatu bersama orang lain. Pencarian saya menemukan kaedah hypnosis dan hipnoterapi sebagai salah satu medium untuk membantu mengubah minda dan diri ke arah yang lebih positif dengan cepat dan berkesan.

 

Pemergian saya dan suami ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah pada awal tahun 2008 menemukan jawapan yang saya cari-cari selama ini. Munajat saya pada Allah di Raudhah dan Hijr Ismail dikabulkan Allah dan memberikan suatu jawapan, keinsafan dan ketenangan yang tidak tergambar dengan kata-kata. Hanya keredhaan Allah yang saya cari dan sesungguhnya saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan saya hidayah dan ilham yang sangat indah. Pulang dari menunaikan umrah, saya terus meletakkan jawatan dan bermulalah karier saya sebagai “mind therapist’ sepenuh masa di Annabella House of Therapy.

 

Saya tidak pernah menyesal dengan keputusan yang saya buat dan Alhamdulillah sehingga kini sudah berjumlah ratusan orang klien saya yang mengalami perubahan hidup - semakin positif, gembira dan cemerlang dalam kehidupan mereka. Kepuasan dan kegembiraan saya tidak tergambar apabila kebanyakan klien saya kini menjadi sebahagian daripada hidup saya. Mereka datang semula kepada saya sebagai anak, adik, kakak, abang bahkan ibu dan ayah kepada saya. Klien-klien saya menjadi keluarga besar di Annabella House of Therapy.

 

Annabella adalah gabungan nama saya, suami dan cahaya mata kami seramai lima orang. Sokongan dan kepercayaan suami tercinta iaitu Amir Shariffuddin Zakaria amat saya hargai. Begitu juga dengan cahaya mata kami termasuk pasangan kembar yang amat memahami dan turut memberi inspirasi kepada saya. Syukur ke hadrat Allah yang tidak terhingga kerana dikurniakan kesihatan yang baik, suami dan anak-anak yang baik dan kerjaya yang saya impikan. Segalanya sangat indah dan membahagiakan. Kerana itulah saya selalu berkongsi dengan klien-klien saya sama ada secara individu mahupun pada setiap ceramah dan bengkel-bengkel yang saya anjurkan iaitu:

 

“ Hidup ini sangat indah dan singkat untuk dipersiakan. Carilah ketenangan dan kebahagiaan dalam diri dan kongsikannya dengan insan tersayang…”

 

Salam ukhuwah’

Nabila Shamshilawati Abdul Rahman

 


 

 

 

 

 

 

 

 

search engine submission